Friday, July 1, 2011

Sekeping Hati Ibarat Sekeping Kaca

Hye Readers~

Inginku nukilkan sebuah ceritera yang merombak rasa setiaku..Kehadiran seseorang dalam hidupku adalah amat bermakna buatku..semua yang hadir ibarat hadiah yang datang melimpah..aku akan cuba sepenuh hati memberi kesetiaan dalam sesebuah perhubungan.. Kehadiran walau seorang teman membuatku bahagia dan berasa amat tenang..bahkan aku mempunyai ramai teman yang membuat ku merasa diri dihargai..tidak kurang juga mereka yang membenci..tapi aku tak kisah, kerana aku tahu aku tak pernah menyakiti mereka..asalkan mereka tidak mengganggu hidupku, itu sudah memadai bagiku..

Walaubagaimanapun, pernah hadir dalam hidupku beberapa insan yang amat ku sayangi dan aku cuba untuk setia dalam perhubungan...aku amat berharap agar hubungan itu akan berkekalan..namun semua itu cuma mimpi di siang hari..semuanya berakhir dengan meninggalkan kesan dalam hatiku..Aku telah berusaha mempertahankan dan bersabar atas semua dugaan dan cabaran yang datang dalam hubungan itu..Namun, kesabaranku tak seteguh Tembok Besar China. Rapuh, musnah dan berkecai..

Hakikatnya, aku merasakan diriku tidak layak untuk disayangi, kerana akhirnya pasti disakiti..Hari ini, aku takut untuk menyayangi, takut untuk disayangi kerana serik disakiti..Diriku bukan seperti teman-temanku yang lain, yang mudah untuk orang menyayangi..aku, hmm~..sukar untuk aku menjelaskan..kadangkala timbul rasa cemburu dengan perhubungan mereka dan bertanya dalam minda, "kenapa aku tak boleh memiliki keindahan itu??''...apapun, mungkin aku patut pasrah, kerana aku tak layak untuk mengecapi kemanisan sebuah perhubungan..semuanya kecundang di tengah jalan..namun, masih meninggalkan kesan yang amat menndalam di sudut hati~~..

No comments:

Post a Comment