Friday, July 15, 2011

Pesambah Untuk Pemimpn Tercinta~ =)

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK!!
Ari ani, 15Hb Julai 2011,Genap lah Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 Tahun.
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik, menyembahkan Ucapan Tahniah Untuk Kebawah Duli Tuan Patik, Semoga Allah melanjutkan Usia Kebawah Duli Tuan Patik, dan kekal karar memetintah Negara Brunei Darussalam ini dengan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.
Hamba Kebawah Duli Tuan Patik juga ingin menyembahkan doa, semoga Kebawah Duli Tuan Patik sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dan senantiasa berada dalam lindungan Allah Subhanahu Wata’ala dan bahagia disamping Keluarga tersayang.
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!!
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!!
DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK!! =)

Thursday, July 14, 2011

Hariku Untukku~ =)

Dear Readers~..
Hehehe..assalamualaikum semua~..
Putera oren masa nii udah di Brunei..balik cuti pasal~…hahaha…malas saya bagi tau..pasal aku rindu family and Best friends..
SUPRISE GUYS!!! I’M HOME~~
Hehehehe.. =)
I miss them so damn much…dapat jumpa durang tadi, hilang stress~…heheh macam semua lapas rasanya~~
Their hugs are my music to my soul~ ;p

My journey back to Brunei was, meletihkan~~
But, sudah sampai~…batin ku menjerit dan melonjak gembira~..hehehe
That’s All For Today!!..nanti g update aa~
Salam Ukhuwah Semua~

Friday, July 1, 2011

Kembalilah teman~ ='(

Hmm~.
Hye Readers,
Ingin Ku kongsikan secangkir kisah..walau bukan kisah penglipur lara, Cuma sekadar warna dunia..Persahabatan yang dianggap sebagai sebuah ikatan keluarga adalah keindahan yang sebenarnya..kemanisan dan kepahitan dikongsi bersama. Saling sokong antara satu dengan yang lain..disitulah wujudnya sebuah perasaan yang amat indah dan keindahan itu hanya Allah yang mengetahuinya.. Saling merindui, menyayangi dan saling mengambil berat antara satu dengan yang lain. Kesetiaan yang dicurahkan, kejujuran yang dijanjikan dan keikhlasan yang ditaburkan.
Persahabatan yang terjalin kekeluargaan akan merasa kehilangan apabila salah seorang ahlinya..sama ada kehilangan itu selamanya, atau untuk sementara..Namun haruslah saling menjaga perasaan masing-masing, jangan sampai ada yang berasa kecil hati atau jauh hati disebabkan oleh tingkah-laku kita. Hati yang sudah lembut dengan kesetiaan dan kemanisan bersama, lebih mudah terguris apabila sesuatu yang baru dan luar jangkaan melanda..
Secebis Puisi,
Teman,
Kembalilah dirimu ke dakapan kami,
Rindu kami untukmu duhai teman.
Pandanglah kami yang berada di bawah ini,
Tatkala dirimu mampu berlegar nun di atas sana,
Ingatlah kami yang setia ini,
Tatkala dirimu bersinar dek kilaun permata,
Ingatlah kami yang dekat ini,
Tatkala hatimu jauh di seberang sana
Lupakah dirimu akan kami?
Setia berjanji bersatu hati.
Lupakah dirimu akan kami?
Yang melengkapi sebuah memori
Lupakah dirimu akan kami?
Yang menghulur tangan dikala sepi..
Lupakah dirimu akan kami??
Kerna dirimu ada yang menanti..
Pulang lah teman, rindu kami untuk diri dan hatimu..
Pulanglah~

Sekeping Hati Ibarat Sekeping Kaca

Hye Readers~

Inginku nukilkan sebuah ceritera yang merombak rasa setiaku..Kehadiran seseorang dalam hidupku adalah amat bermakna buatku..semua yang hadir ibarat hadiah yang datang melimpah..aku akan cuba sepenuh hati memberi kesetiaan dalam sesebuah perhubungan.. Kehadiran walau seorang teman membuatku bahagia dan berasa amat tenang..bahkan aku mempunyai ramai teman yang membuat ku merasa diri dihargai..tidak kurang juga mereka yang membenci..tapi aku tak kisah, kerana aku tahu aku tak pernah menyakiti mereka..asalkan mereka tidak mengganggu hidupku, itu sudah memadai bagiku..

Walaubagaimanapun, pernah hadir dalam hidupku beberapa insan yang amat ku sayangi dan aku cuba untuk setia dalam perhubungan...aku amat berharap agar hubungan itu akan berkekalan..namun semua itu cuma mimpi di siang hari..semuanya berakhir dengan meninggalkan kesan dalam hatiku..Aku telah berusaha mempertahankan dan bersabar atas semua dugaan dan cabaran yang datang dalam hubungan itu..Namun, kesabaranku tak seteguh Tembok Besar China. Rapuh, musnah dan berkecai..

Hakikatnya, aku merasakan diriku tidak layak untuk disayangi, kerana akhirnya pasti disakiti..Hari ini, aku takut untuk menyayangi, takut untuk disayangi kerana serik disakiti..Diriku bukan seperti teman-temanku yang lain, yang mudah untuk orang menyayangi..aku, hmm~..sukar untuk aku menjelaskan..kadangkala timbul rasa cemburu dengan perhubungan mereka dan bertanya dalam minda, "kenapa aku tak boleh memiliki keindahan itu??''...apapun, mungkin aku patut pasrah, kerana aku tak layak untuk mengecapi kemanisan sebuah perhubungan..semuanya kecundang di tengah jalan..namun, masih meninggalkan kesan yang amat menndalam di sudut hati~~..