Tuesday, August 16, 2011

Tiba-tiba sahaja....


Hye Readers,
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..
Malam yang sungguh mengasyikkan..angin bertiup sepoi-sepoi..al maklum, baru jaa lapas hujan..Lama rasanya inda meliat bintang di langit..hmm~..rindu menantang bulan dimalam yang indah…angin yang menghempas ke pipi…teringat ketika seseorang pernah hadir dalam hidup ani..sebagai ‘Aibo’…inda tau apa maknanya??? Haha..biarlah menjadi rahsia diriku..selalunya malam ccemani ani, biasa meluangkan masa chatting sama Aibo.. kami bercerita..berjenaka..bergurau..ketawa..curhat dan saling bermanja…hmm~..sekejap rasanya masa berlalu..semua atuu inda lagi ada dalam kamus hidupku..hmm..dulu bukan main laa..janji akan kekal sebuah ikatan persahabatan ani…nada rahsia antara kita berdua…takkan pernah ku lupakan dirimu dan persahabatan ini walau ada orang ketiga..aduhai~..semua atuu janji saja tuu..
Tapi akhirnya, liatlah diri ini..terseksa menanggung derita..janji yang hanya tinggal sebagai janji..kenangan yang hanya tinggal sebagai memori..hmm~..adanya orang ketiga membuatkan dirinya lupa akan diriku..maklum, yang ketiga lebih bermakna…nasibla tuu..masa sedihnya aku jadi teman, masa gembiranya aku jadi teman..masa ani, bukan aku lagi aku jadi teman..ingatkan makin jauh makin rindu..panya makin kelabu..ingatan pun samarsamar…
Tiba-tiba saja ku ingat Aibo..walhal aku sudah cuba untuk melupakan..sebab tiada makna lagi untukku menyimpan dirinya dalam hati dan ingatan..kerana, aku pasti, Aibo, mana mungkin ingat akan diriku..Orang Ketiga atuu udah cukup membuatkannya terhibur dan berteman..memanglah dapat teman yang baru, teman yang lama pun lupa..Masa ni akulah Orang Ketiga..yang akan dilupakan, yang jarang mendapat layanan..yang jarang mendapat perhatian..
Pernah, ketika ku sakit, bertubi-tubi pesanan ringkas ku terima, menanyakan kesihatanku..tuu semua dari Aibo..kalau online MSN je, ada yang tegur..tuu pun Aibo..tapi sekarang, semua itu hanya menjadi harapan..menanyakan khabar?? Jauh sekali~..Online pun inda kana  tagur~..
Biarlah, diri ini hanya tempat tumpangan,
Akan ditinggalkan selepas diperlukan..
Jadi tempat mencurah kesedihan..
Gembira tiba, jadi kenangan.
Aibo, andai terbaca oleh dirimu qalam fuadku ini, sungguh aku merindui persahabatan kita berdua..namaun aku harus melupakan mu..walau telah berjanji, takkan melupakan dan berkekalan selagi hayat dikandung badan..Tengoklah, hayat kita masih berjasad, namun dirimu telah melupakan ku..biarlah janji tinggal janji, asal hati tiada benci~..
Gelaran ‘Adik Manis’ Biarlah jadi sebahagian daripada hidupku yang lalu..

Coretan Si Putera Oren =’)

No comments:

Post a Comment